Pengerusi Tanah Wakaf Perkuburan Islam tersebut, Ali Puat Sulaiman berkata, masalah itu sudah lama berlaku menyebabkan haiwan berkenaan mengorek tanah di kawasan perkuburan tersebut.

Menurutnya, kehadiran haiwan liar itu turut mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan dalam kalangan penduduk berdekatan.

“Tanah wakaf tersebut seluas lebih kurang satu ekar merupakan kawasan perkuburan Islam utama di sini kerana setiap kali ada kematian dikariah ini, jena­zah akan dikebumikan di sini.

“Kami bimbang dengan ancaman bintang liar yang semakin meningkat dan untuk mengatasinya pagar perlu dipasang di sekeliling kawasan tanah perkuburan ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Ali Puat, selain masalah ancaman bintang liar, jalan masuk ke tanah perkuburan itu juga perlu dinaik taraf.

Katanya, jalan masuk ke tanah perkuburan itu hanyalah jalan biasa yang akan menyukarkan urusan untuk membawa masuk jenazah terutama pada musim hujan kerana jalan terlalu licin.

“Paip air juga harus dipasang di sini untuk membersihkan diri dan peralatan selepas urusan pengebumian kerana selama ini kami menggunakan air dari parit di tepi jalan yang kadang kala kering pada musim kemarau.