Selain itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata tindakan pembangkang yang menimbulkan kekecohan semasa sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Perak 2019 amat mengecewakan.


"Saya lihat ADUN pembangkang bila mereka berdiri, mereka marah dan bergaduh dengan ADUN (Pakatan Harapan), tetapi apabila mereka duduk, mereka hanya gelak ketawa, are they very serius bertengkar kerana hendak tegakkan hak rakyat, I don't think so.

"Apa yang mereka buat dalam sidang DUN itu agak mengecewakan kerana saya mendapati perkara-perkara yang dibangkitkan itu semata-mata untuk 'performance' dalam dewan sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Tahun 2018 di sini hari ini.


Seminar sehari itu yang terdiri daripada ahli majlis daripada 15 PBT dianjurkan bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada ahli majlis baharu yang dilantik.


Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad meminta Ngeh menarik balik semula usul berkenaan selepas semua ADUN pembangkang tidak menyokong usul berkenaan kerana ia melibatkan pengurangan peruntukan tiga jabatan iaitu pertanian, perikanan dan veterinar.


Sementara itu, Ngeh dalam sidang media berasingan berkata keputusan beliau meluluskan usul berkenaan adalah berdasarkan kuasa yang diberikan kepadanya selaku Speaker mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. - BERNAMA