MOHD. ZURAIMI RAZALI
MOHD. ZURAIMI RAZALI 

ADUN Manong, Mohd. Zuraimi Razali berkata, program itu diadakan mulai pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menurutnya, program itu terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun di kawasan Manong.

“Program ini diadakan bersempena sesi persekolahan tahun 2019 yang akan bermula tidak lama lagi.

“Program ini sekurang-kurangnya dapat menjimatkan perbelanjaan ibu bapa yang berbelanja lebih untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE