Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua yang ditangkap dalam Op Bersepadu Khas Hilir Perak di sebuah rumah di Bagan Sungai Belukang, Rungkup dekat sini pada pukul 7.30 petang berusia 20 hingga 71 tahun.

Katanya, pemeriksaan terhadap 69 lelaki dan 11 perempuan mendapati 39 orang daripadanya mempunyai visa tamat tempoh manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen perjalanan.

“Kesemua PATI diberkas di sebuah rumah kampung yang dijadikan transit untuk bermalam dan berehat sebelum meneruskan perjalanan menggunakan jalan laut ke Dumai, Indonesia.

“Kebanyakan mereka dari Lembah Klang datang ke Rungkup dan membayar kira-kira RM600 ke RM800 seorang kepada ejen yang juga merupakan warga Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE