Keterujaan peserta yang menyertai program 200KM Gerik Megatrail itu dapat dilihat apabila mereka tidak gentar berdepan dengan halangan yang mendebarkan termasuk dalam aspek permukaan jalan dan cuaca yang tidak menentu.

Melalui beberapa kawasan di Gerik, Ganda, Air Rengat, Pos Kemar dan Lasah, peserta terlibat juga kekal bersemangat untuk menamatkan perjalanan meskipun ia mengambil masa yang agak panjang daripada jangkaan awal.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Iruan Zulkefli berkata, program anjuran Gerik Motocross Trail bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Lenggong (SRCC) itu bertujuan memenuhi citarasa dan kehendak golongan muda yang meminati aktiviti lasak.

Katanya, pemilihan beberapa kawasan yang dilalui peserta dalam program itu juga memberi pengalaman mendebarkan apabila mereka bukan sahaja perlu meluncur laju di kawasan berbukit malah terpaksa meredah sungai.

Menurutnya, pengalaman itu sesuatu yang menarik untuk dirasai tambahan lagi kepada golo­ngan muda yang sememangnya terkenal dengan semangat ingin mencuba.

“Sebelum ini, mereka mungkin melakukan aktiviti naik dan turun bukit sahaja tetapi kali ini mereka merasai pula pengalaman meredah sungai. Pastinya ia penga­-
laman lebih unik dan menarik.

“Kami pernah mengadakan program motocross di Kampung Belum Baru beberapa kali sebelum ini, namun program kali ini berbeza dan menyajikan cabaran baharu yang lebih hebat dan menyeronokkan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelepasan peserta bagi program tersebut baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan berkata, program tersebut juga merupakan salah satu langkah mempromosikan kawasan pelancongan setempat.

Katanya, selain mampu mempromosikan Gerik dan Lenggong, program itu juga memberi pe­luang kepada peminat sukan lasak itu merasai trek semulajadi di kawasan berkenaan.

“Bagi penggemar sukan ini, mereka boleh datang ke Lenggong dan merasai sendiri trek di sini. Saya boleh katakan trek di sini agak mencabar.

“Kalau mereka mahukan cabaran di samping menikmati alam semulajadi, saya fikir mereka boleh senaraikan Lenggong dan Gerik sebagai destinasi pilihan,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Azlan Mohamed Saaid, 46, berkata, walaupun dia menyertai pelbagai aktiviti melibatkan sukan lasak itu, penyertaannya dalam program 200KM Gerik Megatrail disifatkan sebagai paling mencabar.

Ini kerana, kata­nya, peserta terpaksa berhadapan dengan ca­-
baran berikutan kea­daan cuaca tidak menentu sehinggakan perjalanan yang sepatutnya tidak mengambil masa terlalu lama bertukar sebaliknya.

Menurutnya, mereka juga terpaksa membawa segala peralatan perkhemahan sendiri selain kelengkapan memasak dan makanan kerana kesemua laluan yang dilalui tidak membolehkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda.

“Program ini lain sedikit kerana ia lebih dekat dengan alam semulajadi. Menerusi program ini kami terpaksa merentas kira-kira 12 batang sungai dan ini menuntut kerjasama baik antara peserta.

“Menerusi program ini, kami berdepan dengan cabaran termasuk keadaan permukaan jalan licin dan kesukaran mendirikan khemah disebabkan faktor cuaca.

“Selain itu, keadaan air sungai naik mendadak menyebabkan peserta perlu bekerjsama me­ngangkat motosikal bagi membolehkan kami merentasi sungai berkenaan. Ini merupakan pengalaman yang bukan sahaja mencabar malah menyeronokkan,” katanya.