Majlis pelancaran pengagihan tablet tersebut diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Merchu di sini yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Mohamad Kamil Shafie.


Dalam majlis tersebut, sebanyak 3,499 tablet diserahkan kepada guru-guru di daerah Kuala Kangsar.


Pengurus Operasi Utusan Land. Sdn. Bhd., Nur Azan Hasan berkata, Perak merupakan negeri keenam yang menerima agihan tablet itu selepas Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.


Menurutnya, pengagihan tablet kepada guru-guru di negeri ini dijalankan mulai hari ini sehingga 20 September ini.


“Pengagihan tablet ini melibatkan semua daerah termasuk kepada guru yang bertugas di kawasan pedalaman di sekolah Orang Asli,” katanya di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Perak, Zulkefli Mohd. Idris dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Menengah, Muhammad Shud Abdul Majid. - UTUSAN ONLINE