Daripada jumlah itu, seramai 16 pelajar dibawa ke Hospital Gerik pada kira-kira pukul 9 pagi manakala 18 lagi mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik swasta berdekatan.

Difahamkan, semua pelajar terlibat mengalami simptom sakit perut, muntah dan cirit-birit dipercayai selepas mengambil sarapan pagi sebelum dibawa guru masing-masing mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun kesemua mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Sementara itu, menurut kakitangan poliklinik swasta tersebut, 18 pelajar terdiri masing-masing sembilan pelajar lelaki dan sembilan pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun telah dirawat di poliklinik tersebut bermula kira-kira pukul 9 pagi.

“Sejak mula klinik dibuka, pelajar tersebut memang telah menunggu di luar.

“Kesemua mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tiada pelajar yang dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE