Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Datuk Mat Lazim Idris berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 23,859 mendaftar di sekolah kebangsaan (SK) diikuti 7,113 murid di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) (1,709) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) (93).

“Bagi pelajar tingkatan satu pula, 34,817 orang meneruskan pengajian di sekolah menengah di negeri ini.

“Secara keseluruhannya, semua sesi persekolahan pada hari ini berjalan lancar di kesemua 1,100 buah sekolah menengah dan rendah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia yang baru dibuka pada hari ini sempena hari pertama sesi persekolahan 2018 di sini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin. - UTUSAN ONLINE