Program dimulakan dengan tazkirah oleh penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias di bangunan Institiut Tadbiran Islam Perak (Intim) diikuti majlis bacaan al-Quran di Masjid Sultan Azlan Shah yang terletak bersebelahan.


Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar sekolah tahfiz, kakitangan kerajaan dan orang awam yang membaca al-Quran dalam kira-kira 100 halaqah atau kumpulan.


Pengurus Rumah Ngaji Negeri Perak, Noor Mazlina Noor Shah, iaitu antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjayakan program tersebut berkata, sambutan yang diterima di lokasi utama program itu amat menggalakkan.


“Selain di Masjid Azlan Shah, Rumah Ngaji Perak turut terlibat program yang sama di beberapa tempat antaranya di Kuala Kangsar dan di Arena Rakyat Tualang Sekah,” katanya

- UTUSAN ONLINE