Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,000 sertai JMFR di Teluk Batik

PESERTA memulakan kayuhan dalam edisi kesembilan Janamanjung Fellowship
PESERTA memulakan kayuhan dalam edisi kesembilan Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) di Lumut, tahun lalu.

IPOH 19 April – Lebih 1,000 peserta mengesahkan penyertaan dalam acara berbasikal Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) di Teluk Batik, Lumut pada 30 April ini.

Urusetia JMFR, Mohamad Khairuddin Zainal Abidin berkata, setakat ini seramai 1,015 peserta mendaftar untuk program kayuhan tersebut yang melibatkan jarak sejauh 110 kilometer.

Menurutnya, jumlah penyertaan dijangka terus meningkat sehingga saat akhir dan pihaknya masih membuka pendaftaran termasuk pendaftaran yang dibuat secara walk-in.

“Penganjuran JMFR pada 2017 merupakan program ke-10 sejak pertama kali diadakan pada 2008. Penganjuran kali ini bertemakan Tahun Melawat Perak 2017.

“JMFR dianjurkan oleh TNB Janamanjung Sdn. Bhd. dan ia disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri,” katanya.

Mohamad Khairuddin berkata, laluan JMFR 2017 tahun ini melibatkan kawasan Teluk Batik, Pantai Remis, Beruas dan Ayer Tawar.

Katanya, tiga lokasi water station disediakan di sepanjang laluan iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Acheh, Dewan Orang Ramai Bakar Bata dan di Ayer Tawar.

“JMFR menyumbang kepada perkembangan ekonomi masyarakat setempat apabila ramai peserta dari dalam dan luar negara berkunjung ke daerah ini untuk menyertai acara ini, sekali gus mempromosikan daerah-daerah di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, JMFR terus menjadi pilihan kepada peminat sukan berbasikal apabila pe­nyertaan yang diterima setakat ini amat menggalakkan walaupun pada tarikh tersebut beberapa acara perlumbaan basikal turut diadakan di Ipoh dan di Lembah Klang.

Mohamad Khairuddin berkata, JMFR menjadi pilihan disebabkan rekod penganjurannya yang baik selain konsep kayuhan fun ride serta hadiah cabutan bertuah yang disediakan memuaskan hati peserta.

“JMFR bukan acara perlumbaan tetapi berkonsepkan fun ride. Berdasarkan maklum balas peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini sebelum ini, mereka berpuas hati dengan mutu penganjuran kami.

“Bagitupun kami tetap mengutamakan keselamatan peserta dengan menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya seperti marshall, polis trafik dan ambulans,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain