Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peniaga dua pasar demo bantah Kerajaan DAP Pulau Pinang

Demo bantah Kerajaan DAP Pulau Pinang
SEKUMPULAN peniaga di Jalan Kuala Kangsar dan Pasar Chowrasta berkumpul membantah keputusan kerajaan negeri menutup pasar Jalan Kuala Kangsar dan memindahkan kumpulan peniaga berkenaan. - UTUSAN ONLINE

PULAU PINANG 16 Mac - Sekumpulan peniaga di Jalan Kuala Kangsar, di sini mengadakan demonstrasi untuk membantah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menutup perniagaan mereka di situ.

Wakil peniaga, Lai Kong Hui berkata, mereka kecewa kerana keputusan berkenaan menyebabkan Pasar Jalan Kuala Kangsar yang berusia lebih 100 tahun dan dikategorikan sebagai pasar warisan kini ‘hilang’.

“Kami diarahkan berpindah di hadapan Pasar Chowrasta tetapi mereka tidak mempunyai perancangan apabila menyediakan petak niaga yang sangat kecil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bantahan berkenaan turut disertai sekumpulan peniaga dari Pasar Chowrasta yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri membuka lot niaga baharu di depan kedai mereka. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain