Tanpa ada elaun atau insentif khas, bapa kepada dua anak itu telah menyertai pasukan elit tersebut, selain minat mendalam terhadap tugasan yang mencabar.

Nyata keputusan itu tidak sia-sia setelah dia dipilihkan sebagai peserta terbaik keseluruhan Kursus Survival Storm peringkat kebangsaan yang berakhir di sini semalam.

“Saya tidak langsung menyangka akan diberi penghargaan seper­ti ini. Sepanjang 10 hari berkursus, latihan kami cukup mencabar ketahanan fizikal dan mental, antaranya berjalan kaki sejauh 18 kilometer, mendayung di tasik sejauh tujuh kilometer serta menjalani ikhtiar hidup di hutan dan paya.

“Ada kalanya kami tidak diberi bantuan makanan dan perlu mencari sendiri bekalan untuk meneruskan hidup sehingga memaksa kami menangkap ikan, belalang atau sekadar memakan rebung buluh,” katanya ketika ditemui selepas tamat majlis penutupan kursus itu di Pantai Merdeka.

Majlis penutupan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Sementara itu, peserta terbaik survival kategori hutan, Mohd. Najib Husain, 34, memberitahu, segala bentuk penderaan dan penyeksaan yang diterima sewaktu dalam latihan menyertai Storm yang dianggap sebagai pengalaman berharga.

“Saya tidak sedikit pun menyesal walaupun 'dikerah' sebegini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat melatih kami kerana ba­nyak ilmu ikhtiar hidup yang diperoleh.

“Semua itu sangat berguna buat kami dalam menjalankan tugas nanti.” katanya yang bertugas di Balai Bomba Alor Gajah, Melaka.

Anggota Storm dari Pusat Gerakan Operasi Selangor, Christopher Mikoh, 29, pula terpilih sebagai peserta survival terbaik kategori paya.