Pengawal keselamatan yang hanya ingin dikenali sebagai Zaid, 39, dan telah berkhid-mat sejak sembilan tahun lalu mendakwa syarikat keselamatan itu tidak menbuat caruman kepada KWSP mengambil alih kontrak majikannya terdahulu sejak awal tahun lalu.

“Ini merupakan majikan keempat dan sebelum ini saya serta dua lagi rakan sekerja tidak mengalami masalah caruman kepada KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) dengan majikan terdahulu.

“Setelah beberapa bulan bekerja, kami menyedari majikan memotong gaji untuk caruman KWSP dan Perkeso, namun semakan di pejabat KWSP pada Julai tahun lalu mendapati potongan caruman tidak dimasukkan ke atas nama kami,” katanya kepada a di sini semalam.

Dia telah memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan syarikat yang beroperasi di Bukit Gambir, Ledang beberapa bulan lalu dan diberi jaminan caruman tersebut akan dimasukkan secepat mungkin.

Zaid dan rakan-rakannya mengakui lega dengan penjelasan yang diberikan selain mengambil kira faktor syarikat tersebut yang baharu beroperasi, namun semakan pada bulan lalu dengan pihak KWSP mendapati majikannya masih gagal membuat caruman berkenaan.

Apabila diajukan semula tentang perkara itu, pihak pengurusan syarikat berdolak-dalik dengan mengatakan bahawa mereka telah mnyerahkan duit tersebut kepada seorang individu untuk menyelesaikannya.

Dia kesal kerana pihak majikan-nya gagal menjaga kebajikan mereka dan menyebabkan pekerja menanggung kerugian caruman KWSP termasuk caruman majikan yang dianggarkan kira-kira RM400 sebulan bagi setiap pekerja.

“Pada 27 September lalu, saya telah membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Segamat tentang masalah ini dan berharap syarikat akan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Selepas ini, saya akan membuat laporan di pejabat KWSP Segamat agar masalah ini dapat diselesaikan sebelum syarikat keselamatan ini tamat kontrak pada bulan April tahun depan,” katanya.