Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penduduk Jalan Parit Ismail dapat masjid baharu

Ahmad Maslan (atas jentera) melakukan majlis pecah tanah pembinaan masjid baru Jalan Parit Ismail, B
Ahmad Maslan (atas jentera) melakukan majlis pecah tanah pembinaan masjid baru Jalan Parit Ismail, Benut, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 9 Mac – Penduduk di sekitar Jalan Parit Ismai, Benut dekat sini akan dapat menunai solat fardu dan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 juta bagi membina masjid baharu yang dijangka siap awal tahun depan.

Ketua Kampung Kawasan (10) Mukim Benut, Mohd. Salim Edress berkata, kerja-kerja pembinaan telah bermula bulan ini dan dijangka mengambil masa 10 bulan.

Beliau berkata, pembinaanya bagi menggantikan masjid sedia ada yang telah berusia 54 tahun dengan kemampuan memuatkan 600 jemaah pada satu-satu masa.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang dapat menunaikan hasrat penduduk dan diharap mereka dapat memanfaatkan masjid baharu itu nanti sebaik mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pecah tanah pembinaan masjid berkenaan, baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu, Ahmad berharap ahli kariah dapat memanfaatkan dan menggunakan masjid baharu itu nanti dengan sebaik mungkin termasuk mengimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

Menurutnya, kerajaan Pusat dan negeri akan membina lebih banyak masjid baharu bagi menggantikan masjid separuh batu atau kayu di kawasan Parlimen Pontian bagi menjamin keselesaan umat Islam setempat beribadah.

“Kami sedang berusaha untuk memenuhi permintaan penduduk setempat bagi menggantikan masjid-masjid yang telah berusia lebih 50 tahun serta tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain