Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penduduk gesa DBKL buka susur masuk dari Duke

BEBERAPA penduduk mewakili 10 kawasan perumahan menunjukkan susur 2
BEBERAPA penduduk mewakili 10 kawasan perumahan menunjukkan susur masuk dari Lebuhraya Duke ke Taman Koperasi Polis Fasa 1 yang ditutup dengan penghadang jalan. - UTUSAN ONLINE/GHAZALI BASRI

KUALA LUMPUR 20 Mac - Kira-kira 20 penduduk mewakili 10 kawasan perumahan berdekatan Taman Koperasi Polis Fasa 1, di sini berkumpul bagi menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka susur masuk Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) ke kawasan perumahan mereka.

Penaung Persatuan Penduduk Taman Koperasi Polis Fasa 1, Datuk Kamarudin Hamzah berkata, rayuan itu bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 20,000 penduduk di kawasan perumahan dan sekitar.

Menurutnya, pembukaan jalan tersebut dapat mengelakkan kesesakan dan memendekkan perjalanan berbanding menggunakan jalan lama kira-kira dua kilometer di susur masuk ke Taman Greenwood.

“Difahamkan projek ini siap dibina kira-kira dua bulan yang lalu, namun sehingga hari ini laluan tersebut masih belum dibuka kepada orang ramai.

“Penduduk telah beberapa kali mengadakan pertemuan bersama DBKL dan difahamkan menunggu majlis perasmian yang belum ditetapkan tarikh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain