Mereka mendakwa masalah itu berlaku disebabkan pembekal kini membeli kelapa yang diimport dari Thailand dan Filipina yang mempunyai kualiti sama seperti kelapa di Bagan Datuk.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku lambakan kelapa akibat tidak dibeli oleh pembekal di sekitar kawasan Bagan Datuk dan Hutan Melintang.

Seorang pekebun kelapa di sini, Hamidi Din, 53, berkata, masalah itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun.

Menurutnya, ini menyebabkan mereka semakin hilang pendapatan memandangkan tanaman kelapa merupakan sumber rezeki mereka sejak dahulu lagi.

“Jika dahulu 5,000 kelapa yang diturunkan dari pokok boleh terus naik lori pembekal tiga kami seminggu, tapi sekarang nak jual 1,000 biji kelapa pun susah.

“Saya difahamkan pembekal sudah ada pilihan kelapa yang diimport dari Thailand dan Fili­pina, kelapa Indonesia tidak menjejaskan jualan kelapa dari daerah ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.