Laporan itu dikemukakan ketua pergerakan itu, Mohamad Fakhzan Md. Noor kepada suruhanjaya berkenaan kira-kira pukul 3.45 petang ini berhubung tindakan anak syarikat itu menubuhkan sebuah entiti pelaburan, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) pada 2015 dengan modal berbayar RM2 yang didakwa meragukan.

Turut hadir membuat laporan itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Maisham Maarof serta kira-kira 10 anggota pergerakan itu. - UTUSAN ONLINE.