Baginda yang tiba kira-kira pukul 8.45 malam diiringi Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Aziz; Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK, Datuk Dr. Mortaza Mohamed.

Hamad Kama Piah ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut berkata, UMK yang memasuki usia 10 tahun penubuhannya telah menunjukkan perkembangan yang pesat khususnya 
dalam menjayakan agenda keusahawanan.

Katanya, perkembangan tersebut turut merancakkan suasana ekonomi di kawasan sekitar universiti berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Naib Canselor, Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga UMK yang sentiasa memberi komitmen terbaik untuk universiti ini,” katanya.

Majlis Pemasyhuran Tuanku Canselor akan diadakan di Dewan Keusahawanan, Kampus Kota UMK di Pengkalan Chepa ‪pagi esok‬ yang turut bakal dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bagi membaca watikah pelantikan.

Pelantikan Pemangku Raja Kelantan sebagai Canselor bagi tempoh lima tahun bermula ‪16 Februari‬ lalu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menggantikan baginda.- UTUSAN ONLINE