Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Seni Budaya YWJ, Md. Sahrizal Sahlan berkata, festival tiga hari di Kompleks Wa­risan Sultan Abu Bakar YWJ itu melibatkan lima acara.

Menurutnya, kesemua 2,250 peserta yang terlibat merupakan pemenang bagi pertandingan peringkat daerah masing-ma­sing yang diadakan sebelum ini.

“Selain untuk menyemarakkan kalendar seni dan budaya negeri ini, penganjuran festival ini juga bertujuan memartabatkan seni dan budaya tempatan ke tahap lebih tinggi.” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Acara yang dipertandingkan sempena festival tersebut adalah tarian zapin, tarian Cina dan tarian India selain pertandingan ghazal remaja Johor dan kompang.

Selain YWJ, festival ber­ke­naan mendapat kerjasama Maj­lis Kebudayaan Negeri Johor dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Johor.

Tambah Md. Sahrizal, festival yang menyasarkan kehadiran 5,000 pengunjung itu mengangkat konsep Muafakat Johor yang diperkenal Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Melalui konsep ini, kami mengetengahkan tarian tradisional masyarakat tempatan terdiri daripada Melayu, Cina dan India dalam usaha menarik minat lebih ramai golongan belia melibatkan diri dengan seni tradisional ini.