Cosmas Matolo menjuarai kategori lelaki manakala Peninah Kigen mengungguli kategori wanita dan mereka masing-masing menerima hadiah RM15,000.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Kategori terbuka Malaysia juga sejauh 42km dimenangi oleh Muhaizar Mohamad manakala kategori wanita disandang oleh Loh Chooi Fern.

A.Vadiveelu pula menjuarai kategori veteran (40 tahun ke atas) dan Ewe Bee Hong memenangi kategori wanita. Keempat-empat mereka menerima hadiah RM7,000.

Edisi keempat marathon itu anjuran kerajaan negeri dengan rakan strategiknya Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah menarik penyertaan lebih 14,700 pelari dari dalam dan luar negara antaranya Singapura, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. - BERNAMA