Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar Madrasah Umamah Halimi sertai kursus urus jenazah

SEBAHAGIAN pelajar Madrasah Umamah Halimi Beserah memandikan mayat
SEBAHAGIAN pelajar Madrasah Umamah Halimi Beserah memandikan mayat ketika menyertai Kursus Pengurusan Jenazah di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 2 Mac – Pelajar Mad­rasah Umamah Halimi Beserah di sini teruja apabila diberi peluang mengendalikan ‘jena­zah’ sehingga ke liang lahad menerusi kursus pengurusan jenazah yang ditunjuk ajar oleh rakan mereka sendiri.

Penyelaras program, Abdul Muttalib Awang berkata, seramai 30 pelajar tahfiz berusia antara 10 tahun hingga 16 tahun mengikuti kursus tersebut bagi mempraktikkan ilmu di dalam kelas berkaitan pengurusan jenazah.

Katanya, salah seorang daripada pelajar terbabit yang berpengalaman menguruskan je­nazah bertindak sebagai tenaga pengajar ketika pelajar lain menguruskan ‘jenazah’.

“Seorang ustaz memantau dan membimbing supaya semua proses pengurusan dilakukan secara tertib mengikut hukum.

“Pendedahan seawal usia di sekolah rendah amat pen­ting sebagai persediaan kepada mereka sekiranya berhadapan kematian membabitkan keluarga sendiri,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Muttalib, dengan pendedahan tersebut para peserta tidak hanya ber­diam diri atau melihat orang lain menguruskan jenazah membabitkan ahli keluarga mereka.

Katanya, masih terdapat segelintir masyarakat memandang ringan terhadap kepentingan kursus sedemikian sehingga ada dalam kalangan lelaki dewasa yang tidak mengetahui cara menguruskan jenazah.

“Pengurusan jenazah bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri tetapi merupakan fardu kifayah agar dapat membantu ketika berlaku kematian dalam kawasan kejiranan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain