Pelajar tingkatan tiga itu yang baharu mendapat keputusan cemerlang 10 A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tempoh hari menerima cek daripada Pengarah Perniagaan BSN Terengganu, Mohamad Khasnieddy Khasimi dalam satu majlis di Ibu Pejabat BSN negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, bapa pelajar itu, Masrol Mat, 49, yang merupakan seorang pesara tentera.

Ketika ditemui pemberita dalam majlis itu, Muhammad Nasrullah, 15, berkata, dia bersyukur mendapat ganjaran itu dan berhasrat menggunakan wang tersebut bagi keperluan masa depan pengajiannya ke universiti.

Menurut anak tunggal yang bercita-cita menjadi seorang ahli farmasi suatu hari nanti memberitahu, dia mula menabung dalam skim simpanan tersebut awal tahun ini dengan tabungan permulaan sebanyak RM3,000.

"Saya bersyukur mendapat ganjaran ini dan mula menabung setelah didorong oleh kedua ibu-bapa saya," katanya yang turut mendapat keputusan 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu.-UTUSAN ONLINE