Dengan menyampaikan puisi berjudul Generasi Kini karya Zurhan Bakar yang terkandung dalam antologi Lantera Zaman terbitan Gabungan Penulis Nasional (Gapena), beliau mengatasi 9 peserta lain untuk mempertahankan kejuaraan.

Bagaimanapun corak pe­nyampaian beliau perlu terus digilap agar kemunculannya sekali lagi di peringkat kebangsaan bulan depan dapat memberi impak.

Tempat kedua disandang oleh pelajar Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Padang La­da, Ke­tereh, Kelantan, Maizuddin Mohamad, 17, manakala Mashanis Mohamad, 23, juga berasal dari Kelantan tempat ketiga.

Turut bersaing di peringkat akhir ialah Muhammad Haziq, Muhammad Nor Azlan, Romai­ni, Nurul Huwaida, Najna Rosli, Fatihah Arif Fabilah dan Mohamad Zulfadli.

Program anjuran Gapena bersama Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan kerjasamana Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) turut dihadiri Ketua Satu Pelita, Kamarulzaman Ismail.

Sayembara dihakimi oleh Syed Mohammad Noor Tuan Long (S.M Noor), Abdul Mubin Ismail dan Lara MN manakala hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Setiausaha Satu Pelita, Zohir Harun.