Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PDK tanam cili jana pendapatan

Azizul Hafiz Azizan (berdiri tengah) bergambar bersama guru-guru
Azizul Hafiz Azizan (berdiri tengah) bergambar bersama guru-guru PDK sambil menunjukkan set nutri pot dalam Program Kursus Penanaman Cili di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 8 Feb. – Pelatih dari enam pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini didedahkan kaedah menanam cili menggunakan teknik nutri pot.

Hasilnya nanti akan dapat dijual sekali gus menjana ekonomi di samping dapat menghasilkan tanaman sendiri yang lebih selamat untuk dimakan.

Berikutan itu 36 guru dari pusat PDK berkenaan mengikuti kursus selama sehari yang dianjurkan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru baru-baru ini.

PDK yang mengikuti kursus berkenaan adalah PDK Tun Aminah, PDK Kempas, PDK Nusajaya, PDK Ulu Tiram, PDK Tanjung Puteri dan PDK Kota Masai.

Pegawai Pertanian Daerah, Azizul Hafiz Azizan berkata, objek­tif kursus itu bagi memperkenalkan pertanian yang mudah dan ringkas selain pe­ngalaman baharu di luar kelas.

“Ini dapat mengalakkan aktiviti pertanian di PDK,” katanya dalam majlis Penyerahan Set Nutri Pot Kepada PDK di Jabatan Pertanian Daerah Johor Bahru di sini.

Kursus tersebut dikendalikan Penolong Pegawai Pertanian, Zainul Ariffin Suib.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain