Mohd. Amar Nik Abdullah

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua perkara terutama kebajikan rakyat yang kini dibebani dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, penyerapan cukai tersebut melibatkan 10 item utama seperti bayaran perkhidmatan, komisen, jualan barangan serta harta benda kerajaan negeri, sewaan dan pajakan bangunan, tanah, pasar, kenderaan, tempat letak kereta serta kelengkapan.

“Hasil daripada pengecuali­an GST daripada 10 item yang dikenal pasti ini, kerajaan negeri akan menanggung kos mencecah kira-kira RM2.4 juta setahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Pas Kelantan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Ja­watankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan nege­ri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Sementara itu, Abdul Fattah memberitahu, Majlis Anugerah Tokoh Anak Muda Amal Kelantan yang dijadual berlangsung pada 13 Jun depan ditunda kepada 13 Ogos ini bagi memberi laluan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang pada minggu sama.

Sehubungan itu, katanya, tarikh tutup pencalonan juga turut dilanjutkan kepada 23 Julai.

“Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan juga berpeluang balik untuk menyertai program ini kerana ia diadakan ketika cuti Hari Raya,” katanya.