Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pasukan Robotik IKTBN Sepang julang nama negara di Jepun

Pasukan Robotik IKTBN Sepang  bergambar bersama  Menteri Belia
Pasukan Robotik IKTBN Sepang bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada majlis penghargaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut kelihatan Wasitah Mohd. Yusof (kanan sekali).

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pasukan robotik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang mengharumkan nama Malaysia pada kejuaran Robot Pride Antarabangsa yang berlangsung di Universiti Hosei Tokyo Jepun pada 17 hingga 18 Disember lalu.

Kemenangan ini membolehkan pasukan itu membawa pulang dua pingat emas bagi ka-tegori universiti dan kolej.

Satu lagi emas diperoleh menerusi kategori Robot Dance yang menyaksikan penyertaan daripada 25 pasukan antarabangsa.

Ekoran kejayaan cemerlang itu, pasukan IKTBN Sepang telah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan IEEE-RAS (Robotics and Automation Society) daripada pihak penganjur kejuaran tersebut.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Wasitah Mohd. Yusof berkata, pihaknya amat bangga dengan kejayaan pasukan Robotik IKTBN Sepang dan ini membuktikan bahawa golongan belia negara juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam aktiviti berteknologi tinggi.

Menurutnya, pertandingan itu merupakan medan kepada peserta mempamerkan bakat masing-masing dalam bidang inovatif yang memberi fokus penggunaan kejuruteraan kreatif serta teknologi komputer untuk penciptaan robot sebagai produk komersial.

“Tahniah kepada para peserta yang mengharumkan nama Malaysia dan berharap ia akan menjadi sumber inspirasi untuk menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang,” kata Wasitah ketika ditemui.

Pada kejuaraan di Jepun itu, sejumlah 36 pasukan dari pelbagai negara telah mengambil bahagian dan pasukan IKTBN Sepang telah membukti Malaysia juga mampu menghasilkan rekaan yang kreatif serta luar biasa.

Pasukan Robotik IKTBN Sepang terdiri daripada enam orang pelajar tahun akhir kursus Penyelenggaraan Industri di ins­titut tersebut.

Mereka dipilih mewakili negara selepas muncul juara pada saingan peringkat kebangsaan bagi kategori universiti.

Sebelum itu, pasukan tersebut pernah menyertai kejuaran Robotik Dunia VEX di California, Amerika Syarikat pada 2013 danmenamatkan cabaran di tempat kelapan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain