Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah bagi melegakan anggota masyarakat yang dirancang untuk dibuka pada Isnin minggu pertama setiap bulan akan turut memberi ruang lebih luas untuk orang ramai menyumbang termasuk barangan terpakai.

Katanya, hari pelaksanaan pasar percuma itu serentak dengan ‘hari bertemu pelanggan’ dengan pendekatan turun padang yang ditetapkan oleh pentadbiran negeri

“Kita akan bermula di Wisma Darul Iman pada minggu depan (Isnin) dengan menyediakan kanopi yang menempatkan barangan keperluan yang mahu diagihkan di samping turut menerima barangan yang mahu didermakan oleh orang ramai.

“Mereka yang mempunyai senarai nama di bawah sistem e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) boleh mendaftar di kaunter pada Isnin minggu pertama bagi mendapatkan kupon untuk ditukarkan kepada barangan keperluan yang dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan Swasta di Dewan Sivik Ajil di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE