Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Panitia SK Jelor anjur program al-Quran

Sebahagian ahli komuniti belajar membaca al-Quran kelas dewasa
SEBAHAGIAN ahli komuniti belajar membaca al-Quran kelas dewasa di SK Jelor, di Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.

PASIR PUTEH 16 Feb. – Orang ramai yang berminat mempelajari asas bacaan dan sebutan al-Quran dijemput mendaftar sebagai pelajar dewasa untuk Program Mari Mengaji anjuran Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, di sini.

Guru Besar SK Jelor, Samsul Bahari Mohd. Jali berkata, program itu merupakan sumbangan sosial pihak sekolah kepada komuniti setempat.

Menurutnya, Program Mari Mengaji dikendalikan oleh Munsyi Jawi Kebangsaan, Mansur Mohamed yang juga guru Bahasa Arab di SK Jelor

“Kelas untuk orang dewasa telah bermula sejak minggu lepas dengan penyertaan seramai 20 penduduk setempat. Kita masih membuka penyertaan kepada sesiapa yang berminat.

“Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Samsul Bahari berkata, kelas tersebut dibuat di surau sekolah iaitu Musalla al-Hidayah yang juga merupakan johan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) peringkat negeri baru-baru ini.

Menurutnya, program seum­pama itu diharap dapat menge­ratkan hubungan dua hala di antara komuniti setempat de­ngan pihak sekolah selain membantu merealisasikan hasrat pihaknya untuk menjadikan SK Jelor sebagai pusat komuniti.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain