Pengerusi Yayasan Kosma, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, antara dilaksanakan yayasan itu adalah program neuro-linguistik (NLP), bantuan persekolahan, sumbangan duit raya dan bantuan musim tengkujuh.

“Semua ini dilakukan selaras dengan matlamat pe­nubuhan Yayasan Kosma iaitu sebagai usaha meluaskan khid­mat kebajikan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

“Dana yang diperoleh yayasan ini adalah 100 peratus sumbangan Kosma,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Jabbar berkata, pada tahun ini, kira-kira RM343,000 dibelanjakan yayasan itu untuk melaksanakan pelbagai program kebajikan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Yayasan Kos­ma akan menguruskan permohonan bagi membolehkan yayasan tersebut menerima sumbangan dana daripada pihak luar untuk melaksanakan program kebajikan.

“Perkara ini memerlukan sedikit masa dan kita dalam proses melaksanakannya,” katanya.