Seri Paduka tiba di Padang MPK 1 pada pukul 6.50 petang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong terlebih dahulu meninjau bazar Mahkota Square di sini dan membeli juadah berbuka puasa.

Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa di Padang MPK 1
AL-SULTAN ABDULLAHRI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bazar Ramadan Taman Kerang di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE/AHMAD ZAKKI JILAN

Antara juadah yang dibeli Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong ialah air katira, air durian belanda, puding raja, sata dan pulut panggang.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah turut beramah mesra dengan penjual di bazar berkenaan.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Exco kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE