Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian pada pukul 2 pagi itu turut menyebabkan seramai 90 pengunjung dipindahkan bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Runtuhan melibatkan aras satu blok salah satu hotel berkenaan iaitu kira-kira 84 meter persegi dan semasa kejadian semua penghuni sedang tidur.

“Bomba mengarahkan supaya pengurusan hotel memindahkan semua penghuni di blok terbabit sebagai langkah keselamatan termasuk menutup sementara blok itu untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE