Asnilah Mohd. Saman, 45, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada pukul 12.55 tengah hari itu akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, motosikal jenis Damak Eco yang ditunggang Mat Derus Ahmad, 62, tercampak akibat pelanggaran itu menyebabkan Asnilah dan suaminya terjatuh di atas jalan.

“Suami mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cedera parah dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal itu yang datang dari susur kiri jalan cuba membuat pusingan U,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Amran, disebabkan jarak yang terlalu hampir, pemandu kereta berusia 28 tahun itu gagal mengelak dan melanggar belakang motosikal tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu secara melulu menyebabkan kemalangan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.