Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Walimatul Urus Perdana rai 16 pengantin Temerloh

Shahrizat ABDUL JALIL dan Mohd. Sharkar Shamsudin menepung tawar
SHAHRIZAT ABDUL JALIL dan Mohd. Sharkar Shamsudin menepung tawar 16 pasangan pengantin dalam Program Walimatul Urus Perdana di Dataran Temerloh, Pahang, baru-baru ini. utusan/SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH 12 Sept. – Sebanyak 16 pasangan melakar sejarah manis tersendiri dan mencipta saat indah dalam hidup mereka untuk dikenang apabila dinikahkan beramai-ramai dalam Program Walimatul Urus Perdana di Masjid Baharu Temerloh, di sini kelmarin.

Program julung kali anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Temerloh itu turut meraikan ke­semua pasangan tersebut pada majlis persandingan di Dataran Temerloh yang dihadiri tetamu kenamaan seperti Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Pengerusi MPWK Parlimen Temerloh, Juhanis Abd. Aziz berkata, majlis pernikahan beramai-ramai mempunyai aura tersendiri kerana keluarga dan kenalan semua pasangan pengantin dapat berkumpul serta mengeratkan silaturahim di satu lokasi.

“Kriteria pemilihan pengantin mesti salah seorang pasangan adalah anak Temerloh dan pendapatan mereka kurang daripada RM3,000 sebulan.

“Pasangan pengantin hanya mengeluarkan perbelanjaan mi­ni­­­mum RM2,000 dan kos selebihnya ditanggung MPWK serta UMNO Bahagian Temerloh,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Kesemua pasangan pengantin tersebut turut dibawa menaiki bas persiaran mengeliligi bandar Temerloh yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan zaman silam.

Menurut Juhanis, kejayaan penganjuran Program Walimatul Urus Perdana itu menjadi pe­nanda aras kepada MPWK untuk membuka lebih banyak penyertaan pasangan anak-anak muda yang ingin berkahwin pada program seterusnya.

Katanya, program seumpama itu sangat relevan terutama bagi pasangan muda berpendapatan sederhana mengadakan majlis perkahwinan meriah dan berprestij.

“Dengan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan, program ini dapat membantu meringankan beban pasangan serta keluarga mereka dari segi kewangan untuk menganjurkan majlis kahwin,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Sharkar bwrkata, program pernikahan beramai-ramai dapat membantu pasangan pengantin menjayakan hari bersejarah mereka dengan lancar dan sempurna.

Dengan perbelanjaan yang minimum, katanya, mereka dapat merealisasikan impian sebagai raja sehari dengan lebih meriah yang dihadiri pemimpin negeri dan Pusat.

“Di samping itu, majlis perkahwinan beramai-ramai ini secara langsung dapat mengeratkan si­laturahim sesama keluarga, rakan dan pemimpin dalam masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain