Terbaharu, laporan polis dibuat oleh Wanita UMNO Bahagian Pekan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di sini hari ini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Pekan, Rahilah Nor Hanim Mohamed Nor berkata, laporan polis itu bagi mendesak pihak berkuasa dan kerajaan mengambil tindakan terhadap Waytha Moorthy yang memburukkan nama Malaysia di luar negara.

 
 
 

Video oleh MAHATHIR ALI

"Kami tidak setuju seorang menteri boleh membuat kenyataan di luar negara yang memburukkan imej Malaysia.

"Kami mahu kerajaan melucutkan jawatannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan dengan diiringi kira-kira 30 ahli pergerakan tersebut. - UTUSAN ONLINE