Karnival dua hari bermula semalam itu turut diserikan dengan persembahan pentas oleh murid-murid sekolah yang terlibat.

Persembahan tarian Selamat Datang dari Sekolah Kebangsaan Seri Biram di sini hari ini sebagai pembuka tirai program dengan disaksikan kira-kira 1,200 pengunjung.

Selain acara pentas seperti nasyid, bercerita dan pentomin pertandingan mewarna bagi kanak-kanak prasekolah turut diadakan.


Para pengunjung juga berpeluang menyertai acara dan aktiviti di setiap gerai seperti membina bonzai kristal, melukis batik dan mencantum objek.

- UTUSAN ONLINE