Video berdurasi 41 saat yang memaparkan perbuatan pasangan berkenaan tular sejak semalam selepas dikongsi dalam satu grup Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai yang berpendapat perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan malah memalukan kerana lokasinya hanya beberapa meter dari Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut.

Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan siasatan segera dilakukan berdasarkan video yang tular itu.

“Satu pasukan dari Pejabat Agama Islam Jerantut telah ke lokasi itu untuk membuat pemantauan dan siasatan.

“Ini bukan perkara remeh dan ia perlu ditangani dengan segera sama ada dilakukan oleh pasangan yang sudah atau belum berkahwin malah lebih teruk jika melibatkan orang Islam,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE