MOHD. NAZIP SURATMAN

Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Dr. Mohd. Nazip Suratman berkata, pengiktirafan turut diberikan kepada unit sukan dan penggerak di belakang tabir bidang itu seperti pengurus serta jurulatih yang memberi impak besar kepada kemajuan sukan di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Katanya, pengiktirafan tersebut adalah selaras dengan hasrat untuk meletakkan UiTM di­segani dalam bidang akademik dan pelbagai jenis sukan popular seperti bola sepak, pencak silat, memanah­ serta olahraga.

“Mereka bukan sahaja membawa nama UiTM Cawangan Pahang tetapi nama negeri Pahang yang sedia terkenal dalam bidang olahraga, taekwondo, bola sepak dan lain-lain,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Apresiasi Atlet UiTM Cawangan Pahang di universiti berkenaan semalam.

Menurut Mohd. Nazip, pengiktirafan tersebut menjadi batu loncatan dan semangat untuk atlet universiti tersebut terus mempamerkan aksi membanggakan dalam pertandingan berskala besar seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

Sementara itu, Olahragawan UiTM Cawangan Pahang, Muhammad Asymawi Ismail berkata, universiti berkenaan mampu melahirkan atlet-atlet terbaik apabila dipilih mewakili Malaysia pada Kejohanan Universiti Dunia.

Tambahnya, anugerah di­te­rima itu mampu memberi sema­ngat untuk menempa le­bih ba­nyak kejayaan khususnya di peringkat antarabangsa.