Namun pengetua sekolah berkenaan, Zaberi Abdul Hamid ketika dihubungi memberitahu, toada kes keracunan makanan yang berlaku, sebaliknya ia helah para pelajar berkenaan untuk balik bercuti.

"Mereka mengadu sakit perut dan penyelia asrama telah membawa mereka ke klinik. Tetapi selepas pemeriksaan dan siasatan dibuat, ternyata mereka sebenarnya tidak sakit.

"Semua yang terlibat adalah pelajar tingkatan satu dan dua. Ada beberapa orang yang demam biasa dan selebihnya hanya untuk dapatkan sijil cuti sakit (MC) kerana mahu balik bercuti di rumah," katanya kepada Bernama.

Zaberi berkata, pelajar tingkatan tiga, empat dan lima tidak pula mendakwa terkena keracunan makanan, sedangkan mereka juga makan di dewan makan asrama.

"Jika mereka betul-betul terkena keracunan makanan, sudah tentu pelajar lain juga turut terjejas. Namun saya telah meminta doktor menjalankan pemeriksaan teliti, jika ada pelajar yang tidak sihat sudah pasti kita benarkan mereka pulang ke rumah.

"Pemantauan ke atas keperluan dan keadaan semasa pelajar sentiasa dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk menimpa mereka sepanjang mereka berada di bawah jagaan pihak sekolah," katanya. - BERNAMA