Ketua Pengarah Perpustakaan, Datuk Nafisah Ahmad berkata, tumpuan pada tahun ini adalah untuk membina sudut membaca termasuk di pusat khidmat wakil rakyat.

“Sasaran kita adalah memastikan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai perpustakaan desa.

“Sehingga kini terdapat 1,112 buah perpustakaan desa di seluruh negara termasuk 61 buah di Pahang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perpustakaan Desa Kampung Lebu di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Saraya Arbi; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam negeri, Faridzah Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Lebu, Datuk Roslin Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE