Ismail Abd. Muttalib
Ismail Abd. Muttalib

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, ge­rakan kempen di seluruh negara dilihat perlu berikutan masih terdapat ramai pemandu per­khidmatan berkenaan tidak mencarum dengan Perkeso.

Kata beliau, pemandu Uber dan Grabcar perlu membuat peranca­ngan masa depan dengan melakukan caruman bagi membolehkan mereka dilindungi jika dilanda musibah seperti kemalangan.

“Kempen turun padang Per­keso di seluruh negara bagi membolehkan semua yang terlibat mennyertai skim ini kerana sikap tunggu dan lihat me­rugikan mereka.

“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan skim ini yang akan diperluaskan ke­pada pekerjaan lain ba­gi melindungi rakyat yang ditimpa kemalangan ketika mencari rezeki,” katanya sele­pas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar sekolah tahfiz dan saudara baharu di kediamannya di Sungai Ling, di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, Perkeso menggerakkan lebih 1,500 pegawai­nya bagi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar syarikat dan mencarum pekerja dengan pertubuhan berkenaan.