Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tanah TOL untuk belia

Tebus guna tanah terbiar bagi tanaman kontan

RAUB 2 Mac - Kerajaan negeri bersedia meluluskan permohonan tanah kepada belia dan persatuan belia secara Lesen Tumpangan Sementara (TOL) di atas tanah kerajaan untuk projek tanaman kontan secara komersial.

SHAHIRUDDIN AB. MOIN

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan ne­geri, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, golongan belia perlu mengambil peluang mengusahakan ta­nah terbiar itu de­ngan aktiviti pertanian yang boleh menjana pendapatan.

Katanya, tanaman kontan se­perti cili, pisang dan jagung yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran boleh memberikan pulangan pendapatan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.

“Agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian juga bersedia memberikan bantuan terma­suk peralatan pertanian, jentera membajak selain membekalkan baja, benih, racun serta khidmat nasihat.

“Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula bersedia membeli hasil pertanian itu dengan harga berpatutan untuk dipasarkan,” katanya selepas menyaksikan projek pembinaan sebuah mesin membaja dan meracun ciptaan seorang belia di Kampung Lechar Dong di sini kelmarin.

Mesin tersebut yang berharga kira kira RM40,000 boleh memberikan kemudahan kepada para petani dan peladang membaja serta meracun tanpa mengunakan tenaga pekerja ramai selain menjimatkan kos.

Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, di daerah ini terdapat lebih 500 hektar tanah terbiar yang sesuai untuk dimajukan dengan projek tanaman kontan.

Katanya, kerajaan negeri komited memajukan tanah-tanah terbiar itu dengan projek pertanian komersial melibatkan para petani dan golongan belia di ne­geri ini.

“Kerajaan negeri bersedia mempertimbang meluluskan mana-mana tanah kerajaan kepada belia secara TOL jika mahu menjalankan projek tanaman kontan dengan pelbagai insentif sokongan,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain