Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, seharusnya umat Islam tidak bertelagah atau cepat membuat tuduhan kepada mereka yang cuba menyebarkan ajaran Syiah.

“Penyebaran ajaran itu satu kelainan daripada majoriti umat Islam dan sejak ibu bapa kita berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak tetapi kena faham kehendak majoriti. Kita pula jangan mudah melatah atau membuat tuduhan tanpa usul periksa dan seharusnya berhemah menanganinya,” titah baginda.

Baginda berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kandungan khutbah Jumaat semalam yang mendedahkan terkini terdapat kira-kira sejuta pengikut ajaran Syiah di Malaysia. - UTUSAN ONLINE