Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sumbangan KPTM bantu persiapan raya ahli POPBJ

Ahmad Nazlan Idris (berdiri, tengah) dan Jamasul Zahfar (barisan
Ahmad Nazlan Idris (berdiri, tengah) dan Jamasul Zahfar (barisan kedua, empat dari kiri) bersama ahli Persatuan Orang Pekak dan Bisu Jerantut di Sungai Jan, Jerantut, Pahang, semalam.

JERANTUT 4 Jun - Perasaan gembira terpancar pada raut wajah ahli Persatuan Orang Pekak dan Bisu Jerantut (POPBJ) apabila menerima sumbangan wang tunai sempena Program Sehati Sejiwa Sinar Kasih Ramadan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Sungai Jan di sini baru-baru ini.

Pengerusi POPBJ, Jamasul Zahfar, 50, berkata, mereka bersyukur dengan bantuan tersebut yang dapat digunakan untuk mem­beli keperluan makanan pada bulan Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kebanyakan ahli bekerja sebagai buruh dan menerima upah yang kecil, malah ada yang masih menumpang dengan ibu bapa. Mereka gembira dan bersyukur menerima bantuan ini.

“Kami berterima kasih kepa­da KPTM kerana prihatin dengan kebajikan golongan tidak ber­kemampuan. Pemberian ini bagi memberi keselesaan menyambut raya seperti insan normal,” katanya selepas maj­lis penyampaian sumbangan berkenaan yang disempurnakan Pengerusi KPTM, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Yang hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah, Ali Afandi Abdul Majid; Pengerusi Majlis Pengetua Jerantut, Dr. Azman Uzir dan Ketua Wanita UMNO Jerantut, Datuk Siti Hajar Mubin.

Pada majlis itu, seramai 35 ahli POPBJ menerima sumbangan RM100 seorang manakala 22 kanak-kanak iaitu anak ahli mendapat RM50.

Mereka turut mengadakan majlis tahlil, berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Dalam pada itu, seorang pene­rima bantuan, Wan Nursyahida Wan Baharuddin, 24, berkata, sumbangan tersebut cukup bermakna kepada ahli persatuan berkenaan yang boleh digunakan untuk membeli sekurang-kurangnya sepasang pakaian untuk anaknya menjelang sam­butan Hari Raya Aidilfitri.

“Kami bersyukur dengan keprihatinan pengurusan KPTM dan berharap banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu lain melakukan amal jariah kepada mereka yang kurang berkemampuan,” ­katanya yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.

Sementara itu Ahmad Nazlan berkata, sumbangan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPTM untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan termasuklah pe­lajar miskin bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah per­mulaan sesi persekolahan.

“Inilah usaha murni dan pendekatan CSR terbaik diuruskan oleh KPTM supaya dana yang ada disalurkan kepada kumpulan sasar termasuklah pemberian zakat kepada institusi agama untuk kebajikan umat Islam yang memerlukan bantuan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain