Antara spesies ikan yang di­lepaskan dan menunggu kaki pancing dalam pertandingan anjuran UMP dengan kerjasama Utusan Melayu (M) Berhad itu adalah keli Afrika dan patin.

Majlis pelepasan ikan itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan EcoPest , Ir. Abdul Syukor Abd. Razak yang juga Ketua Kluster Air Ranking UI Green Metric UMP dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Safie.

Yang hadir sama Ketua Biro Utusan Malaysia Pahang, Mohd. Shariza Abdullah; Pengurus Pengurusan Jenama Utusan Melayu, Hazura Ahmad Halil dan Pengurus Pengeluaran dan Pemasaran EcoPest UMP, Mohamad Fikri Abdul Ghani.

Orang ramai boleh hadir di meja pendaftaran esok bermula pukul 3 petang hingga 10 malam dan pada 11 November mulai pukul 6.30 pagi di Pusat Rekreasi Air UMP Pekan atau menghubungi urus setia di talian 013-2667011/ 013-3052811/ 012-2846811. - UTUSAN ONLINE