WAN ROSDY WAN ISMAIL
WAN ROSDY WAN ISMAIL

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, salah satu punca utama kestabilan politik dan keutuhan ekonomi di negara iji dan Pahang khususnya adalah kerana adanya semangat berkenaan dalam kalangan masyarakat.

“Semangat muhibah dan perpaduan hendaklah dijelmakan dalam kehidupan seharian termasuk ketika menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

“Saya juga memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan hidayat-Nya kita dapat bersama-sama menyambut lebaran ini. Saya, isteri dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua,” kata beliau.

Beliau berkata demikian sempena Perutusan Khas Menteri Besar di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, dalam keadaan ekonomi negara yang masih mencabar beliau menyarankan umat Islam agar berbelanja mengikut kemampuan masing-masing bagi meraikan lebaran.

“Berjimat-cermat itu perlu tetapi janganlah sampai ‘berjerut-perut’ kerana ia secara langsung memberi kesan negatif sehingga boleh menyebabkan ekonomi keseluruhannya menguncup.

“Pads masa sama, saya akan berusaha dengan apa juga sumbangan bagi memastikan ekonomi negeri dan negara kembali sihat termasuk menjalin hubungan erat dengan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Harapan,” ujarnya.


Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati du jalan raya dan patuh kepada peraturan ketika memandu pulang ke kampung masing-masing.

“Janganlah pula bermain mercun terutama golongan muda dan kanak-kanak kerana boleh mengundang musibah.

“Kesempatan ini juga saya ingin menghargai peranan pasukan keselamatan negara yang bertugas pada hari raya,” ujarnya.

Wan Rosdy turut mengundang rakyat negeri ini untuk hadir pada sambutan Rumah Terbuka di Dewan Jubli Perak di sini pada hari raya pertama bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

- UTUSAN ONLINE