Idea itu men­­dorong orang ramai meme­nuhi gerai ber­kenaan seawal pukul 7 pagi ba­gi menikmati roti canai berwarna merah, hijau, kuning dan putih yang dijual di situ.

Pemilik gerai, Mahadi Abdullah, 61, berkata, dia memperkenalkan roti canai pelbagai warna itu sejak sebulan lalu dan tidak me­nyangka mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dia yang berasal dari Kampung Paya Keladan, di sini ber­kata, purata lima hingga 10 kilogram tepung digunakan sehari untuk menyediakan roti canai berkenaan.

“Meskipun masih baru memperkenalkan roti canai pelbagai warna ini, sambutan sangat menggalakkan sehingga saya tidak menang tangan,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini hari ini.

Mahadi yang berpengalaman tujuh tahun membuat roti canai memberitahu, rasa roti canai pelbagai warna itu adalah sama dengan yang biasa dan dijual pada harga RM1 sekeping.

Dalam pada itu, seorang pe­langgan, Mohamad Hafizal Mah­mood, 39, berkata, inovasi warna memberi tarikan terhadap roti canai yang dijual Mahadi.

“Rasa roti canai ini sedap apatah lagi dengan keunikan pelbagai warna yang lebih menarik,” katanya.