Seramai 800 orang terdiri daripada ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Pekan menghadiri seminar berkenaan yang memberi tumpuan kepada bidang kesihatan.

Menurut Rosmah, seminar yang diadakan sempena Tahun Memperkasa Wanita Tahun 2018 itu bertujuan memastikan golongan wanita memperoleh peluang dalam semua bidang pekerjaan terutama pendidikan, keusahawanan dan kerjaya.

“Ini adalah inisiatif kerajaan bagi memastikan golongan wanita ini tidak ketinggalan dan terpinggir dalam arus pembangunan negara sekali gus membantu meningkatkan pendapatan serta kualiti kehidupan mereka.

“Dalam konteks penganjuran seminar seperti ini, ia memberi tumpuan kepada aspek kesihatan melalui pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan wanita di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Yang turut hadir Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) daerah, Datuk Melati Ali. - UTUSAN ONLINE