Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, peruntukan berkenaan merangkumi peningkatan kemudahan asas bagi menggalakkan lagi pendaratan ikan di pasar nelayan tersebut.

“Peningkatan kemudahan asas di pasar nelayan ini penting bagi melancarkan lagi aktiviti pendaratan dan perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan dalam negara khususnya dalam sektor perikanan.

“Peningkatan kemudahan asas itu yang melibatkan kemudahan tempat letak kereta, meja pengasingan dan jualan ikan, troli dan kerja-kerja pendawaian seterusnya bakal memberi faedah kepada 10 peniaga dan hampir 300 pengguna pasar nelayan di sini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan di Pasar Nelayan Balok di sini hari ini.

Salahuddin berkata, kerajaan komited untuk menubuhkan lebih banyak pasar nelayan di seluruh negara bagi memendekkan rantaian seterusnya mampu menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.

“Usaha ini pada masa yang sama memberi peluang kepada nelayan memasarkan terus hasil perikanan kepada pengguna,” katanya. - UTUSAN ONLINE