Pengarah Perkeso negeri, Abu Hurairah Ahmad berkata, daripada jumlah itu, bantuan hilang upaya kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM2.5 juta.

 "Sumbangan lain termasuk hilang upaya sementara (RM1.73 juta), bantuan ilat (RM312,000) dan bantuan penakat (RM566,000).

"Kita terus melaksanakan tanggungjawab membantu pencarum Perkeso dari masa ke semasa," katanya pada Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir yang juga Ahli Parlimen Temerloh dan Pengurus Perkeso Temerloh, Hamzi Hanifa Mahyuddin.

Pada majlis itu, seramai 10 penerima mendapat bantuan Perkeso dengan jumlah keseluruhan RM140,976.

Dalam pada itu, Abu Hurairah berkata, mana-mana individu khususnya pencarum Perkeso yang memerlukan bantuan sepertimana diperuntukkan 

boleh membuat permohonan terus kepada pihaknya.

"Mereka boleh datang ke pejabat kita untuk membuat permohonan atau menghubungi Perkeso dan kita minta orang ramai tidak menggunakan orang tengah dalam berurusan dengan Perkeso," katanya.