Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd. Daud berkata, pihaknya berte­rima kasih kepada kerajaan nege­ri dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) kerana prihatin de­ngan menyegerakan pelaksa­naan projek berkenaan.

Beliau berkata, kerja menaik taraf pembentung di hadapan Masjid Jamek Tengku Ahmad adalah antara alternatif awal untuk mengurangkan masalah berkenaan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu .

“Projek bernilai RM97,650 di bawah selenggaraan pihak berkuasa tempatan (PBT) ini bermula dua minggu lepas dan anggaran masa dijangka siap pada 14 November ini.

“Pelaksanaannya dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku ketika hujan lebat di Kampung Batu, Kampung Muhibah, hadapan Masjid Tengku Ahmad dan beberapa laluan di kawasan bandar lama di sini,” katanya selepas meninjau projek berke­naan baru-baru ini.

Menurut Zuridan, projek menaik taraf sistem pembentu­ngan itu dapat mengurangkan tekanan dan masalah penduduk pinggir bandar lama Jerantut serta pemilik premis termasuk pengguna jalan raya ke Benta ketika mereka berdepan de­ngan banjir kilat yang melibatkan kerosakan harta benda serta laluan kenderaan.

“Projek ini antara kepriha­tinan serta tanggungjawab sosial kerajaan negeri dan PBT di sini untuk keselesaan semua pihak serta kebajikan rakyat,” katanya.